Share to relieve...dis

I love you mom...Deeply, saat mak pergi meninggalkan aku, perasaan apa yang perlu diekspresikan. Terasa bumi berhenti berputar, saat terhenti. Aku terpegun melihat ruang semput itu, melihat kaka menangis aku gagahkan diri melangkah.

Pamitan akhir aku pada mak pukul 230 petang merupakan pertemuan terakhir kita yang setiap manusia takkan pernah menjangkakan nya. Hanya Allah saja yang tahu. Aku tinggalkan mak untuk pulang solat dan makan dan berjanji akan kembali sebentar lagi. Datang tadi aku bawa cekodok pisang tip tertinggal di dalam kereta. Ingat nanti akan di beri. Saat mula aku masuk wad melihat para pelawat lain merenung aku. Aku berlari mendapatkan mak. Mak sedang muntah2. Aku terus ajak mak pergi mandi. Aku tanya ad tak panggil jururawat. Kata nya sudah. Ya kalau kita tengah pening semua nya rasa haru. Aku berlagak tenang. Padahal hakikat nya aku takut. Selesai mandi pakaikan pakaian cantik, sisir rambutnya, memicit kaki lenguh. Tangan kanan bengkak, padahal tiada pun masuk air. Aku mencium mak. Peluk.aku tanya mak ok. Mak sentiasa akan bagi jawapan yang menenangkan ok. Cuma pening sikit2 je.

Melihat cucunya meragam, dia suruh kami pulang dulu. Aku tinggalkan dia sendirian. Memang tak patut aku ni. Aku memang salah. Di rumah cawan aku tumpah tapi, aku diam saja. Lima minit kemudian jururawat telefon, suruh datang segera. Aku dan ina bergegas pandu kereta selajunya. 5 minit jarak perjalanan. Aku sampai. Para pelawat tanya aku balik rumah, aku hanya mengangguk mereka sudah tahu apa yang terjadi.Ina jumpa doktor. Saat aku melangkah ruang wad yang semput itu aku lihat ruang katil mak ditutup rapat langsirnya, troli kecemasan ada di suatu sudut. Sepertinya satu usaha telah dijalankan. Doktor menerangkan kepada Ina, mak dah tiada 5 minit tadi. Aku disi sudah mnejangkakannya. Air jernih mula mengalir ditubuh mata kakak. Jururawat suruh kami melihat jasad mak. Aku merenung doktor, dan bertanya apa yang dia buat pada mak, buat bantuan penafasan? Masukkan tiub ke? Doktor memandang aku dengan muka tiada tanya. Nafas ditarik sedalamnya, dia menerangkan pada aku satu ayat. Dalam satu saat kalau Allah nak tarik nyawa kita, kita akan pergi juga biarpun usaha dijalankan. Aku terus berlalu pergi melihat jasad mak. Tiada air mata dapat aku keluarkan.aku berwuduk untuk mula baca yassin. Aku telefon makngah, abe beritahu berita itu. Saat itu aku pada bahu siapa aku mahu sandarkan kesedihan. Kosong, hilang. Sunyi sepi. Gelap gelita. Aku gagahkan diri menemani mak sepanjang koridor untuk ke bilik pengurusan jenazah, bersama makngah. Disana aku duduk disisi membaca yassin. Untuk mak dan bagi menenangkan jiwa. Setelah sejam lamanya semuanya akan diuruskan disitu juga.
Aku mengambil peluang pergi ke taNdas untuk mencuci muka.aku cuma hubungi sahabt yang pernah kehilangan ibu. Gagal. Aku mahu bunyi Masliyana kerana dia paling matang antara rakan yang aku miliki. Mas mak aku dah tak ada. Baru tadi.ko ok? Ok, itu jawapan yang aku boleh bagi. Pesanan ringkas buat sahabat yang memahami amirah, dan aida.

Banyak pesanan ringkas masuk, tapi semua itu aku hapuskan. Aku membantu ustazah menyelesaikan urusan jenazah dari awal sampai akhir. Saat mengafankan mak, aku sayu sekali. Cikgu ros, suruh aku redha.aku cium mak lagi. Sejuk, wangi. Raut wjahnya tenag sekali. Selesai. Aku menemani mak sepanjang perjalanan menaiki van jenazah ke rumah. Dah malam, tapi aku beranikan diri juga. Membaca yassin sepanjang 20 minit itu. Akhirnya aku sampai juga di masjid kawasan rumah aku. Aku solat kemudian baca yassin,sementara tunggu sembahyang jenazah. Perjalanan ke kubur adalah satu perjalanan terakhir aku bersama mak. 10 minit dirasakan sangat bermakna sekali. Itu adalah saat ketika aku berkenderaan dengan mak. Biarpun hanya jasad. Di perkuburan sementara menunggu kubur siap digali. Kami adik beradik baca yassin. Melihat wajah mak buat kali terakhirnya ,mengucup pipinya yang sejuk dan mengucapkan selamt tinggal cukup memedihkan. Saat taklimat dibawa air mata bergenang kembali, kerana saat perpisahan itu sudah kemuncaknya. Selamt tinggal mak, semoga tenang disana. al F
Al Fatihah.....semoga dicucuri rahmat.asslamualaikum mak, adik balik dulu. Berpisah kita saat ini untuk pertemuan yang kekal kelak.se

Seharian aku duduk dalam bilik yang penuh dengan kenangan itu, menangis, tak lalu makan. Saat masanya aku pulang ke bandar. Saat ayah menanyakan aku . Aku mampu cakap ok.dan aku rindu mak. Siapa akan teman ayah di rumah.aku rindu dengan pertengkaran mereka akan perkara lucu.

Sampai ke hari ini aku masih rasa bersalah kerana tidak menasihati mak makan ubat, menemani mak,da aku masih lagi tertanya apakah pesanan akhir mak buat aku...perginya mak tanpa aku disisi, adakah kerana dia tak mahu aku sedih
Sekian.".setiap jiwa akan berhenti detik nadi nya, saat, tempat kita takkan ketahui. Allah yang menciptakan kita sahajalah tahu bila masanya,itu rahsiaNya. Kepada Allah kita akan kembali, dari tanah kita dijadikan, dekat tanah jugalah kita akan baring"

The pain

 When the pain come, it is really sore. If I told I am in pain, that means is a pain. Deep in my heart i hope there is comfort word would co...