Monday, January 5, 2009

botox




Botox

Nama Botox adalah bersempena bacteria Clostridium botulinum.Botox merupakan hasil daripada toksin A botulinum. Ia merupakan toksin kepada system saraf badan. Suntikan botox merupakan satu larutan botulism dimana pada kebiasaannya akan disuntik kepada otot-otot muka untuk melumpuhkan atau melemahkan otot-otot secara sementara.

Suntikan botox adalah protein semulajadi yang mana pada dos yang rendah ia mampu merehatkan otot –otot yang terlalu aktif dan menghapuskan masalah yang timbul di muka seperti kedut, kening jatuh dan sebagainya

Pada 1895, Emile Van Ermengem merupakan orang pertama yang menemui bacteria Clostridium botulinum. Kemudian, pada tahun 1944 , Edward Schantz telah mengkultur Clostridium botulinum dan mengasingkan toksin tersebut.. Justinus Kerner seorang ahli fizik German telah mengenalpasti bahawa toksin ini mempunyai potensi sebagai ejen teraputik. seterusnya pada 1949, Burgen’s group menemui bahawa toksin botulinum mampu memberi kesan pada system saraf. Pada 1950, toksin tersebut telah digunakan dalam eksperimen untuk bidang kosmetik perubatan.

Sekitar akhir 1960, kajian keatas toksin botulinum dilaksana untuk mencari penyelesaian bagi malah kesihatan yang berkaitan dengan system saraf.
Pada 1989, FDA telah meluluskan penggunaan botox dalam kaedah merawat masalah otot mata seperti, blepharospasm, strabismus, mengerdip mata secara tak terkawal dan sebagainya.

Pada 2000, FDA juga telah meluluskan penggunaan botox untuk merawat masalah kesihatan disebabkan oleh pergerakan otot leher dan bahu berlebihan seperti cervical dystonia dan sebagainya.
Botox dikeluarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal global yang khusus dalam modulator saraf (neuromodulator), penjagaan mata dan kulit iaitu Allergan Inc. di Irvine California.
Pada 15 April 2002, Allergan memperolehi kelulusan daripada FDA tentang penggunaan Botox dalam bidang kosmetik bagi merawat garisan pada muka terutama sekali yang terdapat diantara alis mata dan termasuk sekali otot muka yang berkenaan. Sejak itu, suntikan Botox mendapat tempat di hati pengguna dalam menyelesaikan masalah kecantikan di seluruh dunia kan pembedahan, kurang kesan sampingan, keberkesanan yang efektif dan kos yang berkemampuan.

Botox merupakan kaedah kosmetik tanpa pembedahan paling popular di lakukan. Pada tahun 2003 saja sebanyak 2270080 suntikan dilakukan.

The pain

 When the pain come, it is really sore. If I told I am in pain, that means is a pain. Deep in my heart i hope there is comfort word would co...